About Me

My photo
SAJOHA'18 . Photographer | Videographer

Monday 19 August 2019

Gaya Pembelajaran Kendiri

SITI NUR AISYAH IZZATI BINTI ZAMRI
1 PPISMP TESL 1 AMBILAN JUN 2019
GKB1053 - KEMAHIRAN BELAJAR
NAMA PENSYARAH : EN. ZAKARIAH BIN ABD GHANI 


         Apakah yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran? Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang digemari oleh seseorang pelajar. Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through Their Indivudial Learning Styles: A Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru. Di dalam buku mereka Learning Style Inventory Development and Research (1982), Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan , iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya.

                     Gregorc (1979) mentakrifkaan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya.Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaranmemainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang.Slavin (1994) mengaitkan personaliti dengan gaya pembelajaran dan menyatakan: “Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.”

                   Kesimpulannya gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diingini.Gaya pembelajaran adalah hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah.



GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN

1) VISUAL 

- Menggunakan 'PENGLIHATAN' sebagai sensori utama mereka.
- Suka membaca dan menulis
- Penting bagi mereka untuk melihat apa-apa yang mereka belajar
- Mereka mudah mengikut peraturan bertulis



 2) AUDITORI

 - Menggunakan pendengaran sebagai sensori utama
- Lebih cenderung mendengar cerita dan kemudiannya menceritakan semula.
- Mereka mudah dan selesa dengan arahan berbentuk lisan dan perlafazan.
-Pelajar ini mendapat manfaat daripada mendengar buku radio
-Pelajar ini sesuai mengikuti pelajaran berpusatkan guru.



 3) KINESTETIK

- Menggunakan tangan , (hands on).
- Mereka akan menggunakan menggunakan tangan untuk menaip atau menulis nota menggunakan komputer.
- Mereka suka mengilustrasikan ataupun mencorakkan bahan pembelajaran mereka melalui penulisan.
- Pelajar seperti iini suka menggunakan komputer ketika sesi pembelajaran.
- Pelajar yang kinetstetik juga aktif semasa sesi pembelajaran.
- Mereka tidak suka duduk diam untuk tempoh masa yang lama.
- Mereka suka melibatkan diri dalam membuat sesuatu , misalnya mencuba suatu perkara baru.




 Menurut Dunn & Dunn (1992) , lebih kurang 15% daripada populasi pelajar adalah bersifat kinestetik dan 30 peratus bersifat kombinasi tactile dan kinestetik.





Indikator untuk gaya pembelajaran VAK

Apabila  anda
Visual
Audiotori
Kinestetik/Tactile
Mengeja
Adakah anda cuba melihat perkataan?
Membunyikan perkataan atau menggunakan pendekatan fonetik?
Tulis perkataan untuk memastikannya betul.
Bercakap
Anda bercakap secara berpasangan tetapi tidak suka mendengar terlalu lama? Lebih suka mendengar perkataan lihat, gambarkan dan bayangkan?
Anda suka mendengar tetapi tidak suka untuk bercakap? Guna perkataan seperti dengar dan fikirkan?
Menggunakan pergerakan dan air muka. Suka perkataan rasa, sentuh dan pegang.
Membayangkan
Adakah anda dapat melihat gambar dengan jelas dan terperinci?
Berfikir secara bunyi?
Melihat beberapa gambar, semuanya bergerak?
Memberi tumpuan
Adakah anda  terganggu oleh pergerakan atau keadaan tidak teratur?
Terganggu oleh bunyi atau bising?
Terganggu oleh aktiviti di sekeliling?
Bertemu semula seseorang
Terlupa nama tetapi ingat mukanya? Ingat di mana bertemu?
Terlupa muka tetapi ingat nama? Ingat apa yang telah bicarakan?
Ingat dengan baik apa yang telah dilakukan bersama?
Menghubungi sesorang atas sesuatu urusan
Adakah anda suka secara terus, berhadapan atau pertemuan peribadi?
Lebih suka telefon?
Bercakap sambil atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti?
Releks (relax)
Adalah anda lebih suka menonton TV, pertunjukan atau wayang?
Lebih suka mendengar radio, musik atau membaca?
Suka bermain sesuatu permainan atau membuat sesuatu menggunakan tangan?
Cuba menginterpretasikan mood seseorang
Adakah anda memerhatikan air mukanya?
Mendengar ton suara?
Melihat pergerakan badan?
Membaca
Adakah anda suka situasi deskriptif? Berhenti untuk membayangkan sesuatu tindakan?
Gemarkan dialog dan perbualan atau mendengar watak yang bercakap?
Lebih suka cerita berbentuk aksi atau tidak betul-betul berminat membaca?
Membuat sesuatu yang baru
Adakah anda suka melihat demonstrasi, rajah, slaid atau poster?
Lebih suka arahan verbal atau berbincang dengan seseorang?
Lebih suka terus mencuba?
Meletakkan sesuatu bersama-sama
Adakah melihat arah dan gambar?
Suka bercakap dengan seseorang atau bercakap kuat semasa bekerja?
Mengabaikan arahan dan memikirkan semasa melaksanakannya?
Memerlukan bantuan daripada aplikasi komputer
Adakah anda memerlukan gambar atau rajah?
Panggil meja-bantuan, tanya jiran?
Terus mencuba atau mencuba di komputer lain.
Mengajar seseorang
Adakah anda suka menunjukkan sesuatu?
Lebih suka memberitahu?
Lakukan untuk mereka dan berikan mereka melihat bagaimana dibuat atau minta mereka melakukan?

Adakah anda tahu gaya belajar anda sekarang?
Tekan link di bawah untuk mengetahui gaya belajar anda.
⇣⇣


By the way - Gaya Pembelajaran Kendiri saya ialah

VISUAL/KINESTETIK

Anda bagaimana pula? Don't forget to leave a comment below! Danke schön XD



Refleksi :

Saya merasakan bahawa kerja kursus penghasilan blog memberi kelebihan kepada guru dan pelajar dalam sesi Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) Hal ini kerana , pada abad ke-21 , terdapat pelbagai teknologi yang canggih dan amat berguna kepada setiap manusia, Tambahan pula , sebagai seorang guru pelatih , kita seharusnya belajar dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang ilmu-ilmu TMK bermula dari sekarang kerana 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Hal ini kerana , apabila sudah melibatkan diri dalam dunia pendidikan kelak nanti , kita juga perlu menggunakan pelbagai teknologi dalam sesi pembelajaran bagi menarik minat dan perhatian pelajar ketika sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc). Impaknya , pihak guru dapat mempelajari ilmu-ilmu dan mengembangkan idea atau kepakaran mereka untuk suatu produktiviti yang menguntungkan . Bak kata pepatah , 'sambil menyelam minum air'. Manakala , para pelajar dapat memahami dengan lebih mudah apabila mereka menggunakan suatu medium yang menyeronokkan dan menarik untuk belajar. Maka , sudah terang lagi bersuluh bahawa , penghasilan blog merupakan satu daripada platform yang baik untuk berkongsi maklumat.

Penghargaan :

Setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Zakariah bin Abd Ghani selaku Pensyarah subjek GKB1053 - Kemahiran Belajar serta ahli kelas 1 PPISMP TESL 1 kerana telah memberi saya peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Blog ini telah dapat saya sempurnakan dengan jayanya. Isi - isi yang terdapat dalam blog ini adalah berdasarkan rujukan daripada pelbagai pihak. Akhir sekali , saya berharap saya dapat belajar lebih banyak daripada kerja kursus ini.


MEMORIA PENGHASILAN BLOG BERSAMA 1 PPISMP TESL 1

This is me XD

Trainee teachers teaching trainee teachers how to create a blog


Para pelatih guru sedang khusyuk belajar

fokus betul!

En. Zag sedang memberi penerangan

penerangan sedang dilakukan
They are very hardworking in creating their blog



References :

Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, etc, (2019) Siri Pendidikan Guru: Kemahiran Belajar, Selangor, Oxford Fajar.

Gaya Pembelajaran Kendiri

SITI NUR AISYAH IZZATI BINTI ZAMRI 1 PPISMP TESL 1 AMBILAN JUN 2019 GKB1053 - KEMAHIRAN BELAJAR NAMA PENSYARAH : EN. ZAKARIAH BIN ABD G...